Bercuti di Kota Kinabalu & Kundasang🥰
Hai! Kali ni sis nak buat throwback trip ke Sabah;Kota Kinabalu & Kundasang pada cuti semester 2 yang lepas (16-21 Februari 2019). Harap sedikit coretan dari sis ni dapat menarik hati korang untuk datang ke Sabah. Serius sangat sangat tak rugi korang datang bercuti dekat sana😇Sis bercuti dekat sana selama 6 hari 5 malam pun rasa tak cukup untuk explore semua tempat yang best2 dekat Sabah😂
Day 1 Sabah Bah !

Kami bertolak ke Sabah daripada Penang Airport pukul 10 pagi. 
Alhamdulillah kami sampai KK dalam pukul 1.30 petang. Kemudian, kami pergi ke bandar KK untuk check in di Monaco Boutique Hotel dekat sana. Hotel tu berdekatan dengan Pusat membeli-belah Imago dan Pasar Flipina. Petang tu kami hanya berjalan di sekitar bandar KK dan membeli buah tangan di Pasar Filipina.
Day 2 Sabah Bah !

Hari kedua awal2 pagi lagi kami dah bertolak ke Kundasang. 
Tempat 1st kami pergi melawat adalah Upside Down House Borneo di Tamparuli, rumah terbalik pertama di Malaysia tau! 
Dekat sini ada sediakan pakej entrance fee sama ada kita nak masuk rumah terbalik/muzium 3D.Kami hanya ambil pakej untuk rumah terbalik sahaja iaitu RM12 seorang. 
Incomplete family photo ^-^ 


View dari kaki bukit 
SubhanaAllah I’m so speechless 🙂 
Dekat Kundasang kami check in di Mesilau Homestay selama 3 hari 2 malam. Homestay ni sangat selesa & dapat melihat view yang sangat cantik dari kaki gunung kinabalu.
Day 3 Sabah Bah !

Hari ketiga kami pergi melawat ke Desa Castle Dairy Farm. Kalau korang datang ke Kundasang, jangan lepaskan peluang untuk ke ‘New Zealand’ Malaysia ni tau. Rugi kalau tak datang! 
Kami memamg tak lepaskan peluang untuk ambil gambar banyak2 dekat sana heehehe. 
Haaa nampak situ banyaknyaa lembu comel2. 

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Ada sesi animals feeding, melihat proses pembuatan tenusu & boleh juga membeli produk buatan tenusu di situ. Ni baru betul fresh dari ladang! Aktiviti pekerja memerah susu kita boleh tengok pada pukul 3-5 petang setiap hari.


Selepas itu, kami pergi ke Ranau iaitu untuk melawat Tagal Sungai Moroli Fish Spa terletak kira-kira 30 kilometer dari pekan Kundasang dan mengambil masa perjalanan selama 1 jam. Disini disediakan pakej untuk pengunjung rendam kaki RM5/mandi bersama ikan RM10. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk beri makan ikan dengan membeli baja ikan 1 pek RM2. 
Ikan terapi yang terdapat disini terdiri daripada pelbagai jenis dan saiz namun tidak membahayakan pengunjung. Ikan terapi tersebut akan memakan sel kulit mati yang ada, menjadikan tubuh badan lebih bersih, terasa lebih halus dan dipercayai dapat mengubati penyakit kulit tertentu seperti ekzema kering dan psoriasis.

Untuk pengetahuan korang semua, dekat sini durian murah2 tau!So, sebelum pergi ke next tempat baik menikmati durian dulu ^_^ 
Next, Sabah Tea Garden. Hanya 15 minit dari Tagal Fish Spa. 
Love this view nature.
Day 4 Sabah Bah !

Hari keempat kami pergi ke Mesilau Clifs Kundasang, Mesilau Nature & Ladang Strawberry. 
Bertuahnya kami dapat sayur fresh dari ladang free ja! 
Ladang Strawberry sini baru lagi. Jadi, tak berapa menarik sangat. Kalau nak strawberry better kita pergi Cameron heee sana lagi menarik^-^

Nest, kami turun dari Kundasang untuk balik Kota Kinabalu. Semasa perjalanan kami singgah ke Kinabalu Park. Masuk sini free sahaja, jadi tak perlu risau. Dekat sini boleh lihat nature yang semula jadi, dijaga dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab. Terdapat pelbagai jenis pokok, tumbuh-tumbahan disini. Kawasan Kinabalu Park ni sangat luas dan berbukit-bukit. Memang penat lah kalau nak round habis hahahha. 
On the way dari Kundasang ke KK, kami singgah solat di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas. Masjid ni macam masjid terapung di Terangganu sebab ada kolam di persekitarannya. Ramai pelancong dari Korea melawat masjid ni kerana masjid ini adalah masjid terbesar di Kota Kinabalu.
Day 5 Sabah Bah !

Esok dah nak balik. Jadi harini kami pergi snorkeling di Pulau Sapi. Semuanya mesti bermula di jeti feri Jesselton Point untuk pergi ke Pulau Sapi, Manukan & Mamutik. 
Terdapat pelbagai syarikat feri menawarkan pelbagai pakej yang menarik untuk pengunjung. Kami ambil 1 hentian saja iaitu Pulau Sapi. Masa yang diberikan untuk satu pulau lebih kurang 2 jam. Maka bermulalah proses menghitamkan diri! hahahha 


Indahnya ciptaan Allah. 
Lihatlah betapa jernihnya air pulau di Sabah. Kita boleh nampak ikan2, coral semua. 
See you again Sabah. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh pergi sana lagi.